Friday, 10 October 2014

La Rosa Villa


LA ROSA VILLA FARM

Court yard Utama

        La Rosa Villa Farm terletak di Lot 3449, Kg Gual Tengah, 17200 Pasir Mas, Kelantan. Tempat tinggal kami sekeluarga dan membuat sedikit perusahaan disini. Untuk makluman, 50 peratus pembangunan di sini di buat oleh kami adik beradik. Kami beradik di lahirkan di Kuala Lumpur dan baru 2 tahun menetap di sini. Ayah adalah anak jati Kelantan jadi lumrah hidup perantau di mana jua mereka merantau, negeri kelahiran juga tempat terbaik untuk persaraan.

        Kami pula dah membesar di Kuala Lumpur pastinya agak kekok menetap di sini pada asalnya, tapi alhamdulillah, pejam celik rutin kehidupan dapat juga kami sesuaikan hidup di sini. Tempat ini agak unik kerana papa kami menggunakan konsep rumah ladang, jadi tentunya kawasan kebun seluas 5 ekar ini merupakan rumah kami dan bilik-bilik bertaburan disini dan kantin berada di tengah-tengah sebagai tempat untuk kami berkumpul, Unik bukan? hehe


Bunga kembang 10 pagi antara yang di tanam di sini. Terdapat 7 jenis warna yang menarik. Kenapa di namakan bunga kembang 10 pagi? Saya juga tidak pasti kenapa, tapi setiap pukul 10pagi bunga-bunga akan berkembang mekar dan sangat cantik tapi tidak pasti sampai pukul berapa ia berkembang, kemudian ia akan menguncup sendiri.





 Dari sini nampak seperti satu tingkat tapi hakikatnya ianya adalah bangunan 2 tingkat dimana di dalam gambar kita nampak ruangan surau dan di belakang dan di bawahnya merupakan bilik.



Pokok ulam raja yang di tanam di sini. Siapa peminat ulam raja? Ulam ini mempunyai banyak khasiat seperti memperbaiki peredaran darah dan mensucikan darah daripada bahan toksik dan juga di katakan boleh memperkuatkan tulang. Banyak lagi khasiatnya, ianya juga mudah untuk di tanam kerana ia mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sekali kita tanam, cepat je naik. Dari segi rasa? Hahaha..Ini yang menarik, ianya agak pahit dan bau lain sedikit tapi jangan risau, bila cicah budu, abaikan jelah bau dan rasanya, hehe. Yang penting kita grab khasiatnya.



Sarang Lebah kelulut yang di usahakan oleh adik saya Wan Mohd Zharif, pada mulanya kami telah membeli 10 sarang dan apabila kami membuat kotaknya, banyak lebah kelulut yang mati kerana kayu yang di gunakan adalah jenis kayu yang terawat,. Sekarang Zharif tidak membeli sarang lagi tapi dia akan memotong sendiri sarang dari pokok apabila owner mana-mana kebun offer untuk kami ambil sarang kelulutnya, tapi offcourse dia dah tanam pokok sekian lama kita kena bagi sedikit saguhati berupa wang ringgit dan madu..Hehe..Untuk khasiatnya saya akan berkongsi pada ruangan lebah kelulut. In shaa Allah doakan.


Tanaman serai dan daun pandan yang ditanam oleh mama, daun serai perlu selalu di potong bagi mengelakkan seperti di gambar, terlalu semak..hehe..ni gambar sebelum di cantas,






Kantin La Rosa Villa Farm, sini lah tempat kami berkumpul untuk makan sesama keluarga atau apabila ada kenduri-kendara sesama jiran tetangga, orang kampong  dan kawan-kawan

No comments:

Post a Comment